Thursday, May 20, 2010

Bijak Wang Dengan Piramid Kewangan


Pernahkah anda mendengar piramid makanan saya pasti ramai yang mengetahui perkara ini tetapi bagaimana pula dengan piramid kewangan adakah anda biasa mendengar, melihat dan menggunakannya. Kali ini saya akan menceritakan berkenaan piramid kewangan seseorang dimana ianya merupakan asas kepada kewangan seseorang.

HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”


Di dalam agama Islam sendiri kita diseru untuk menyediakan harta untuk ditinggalkan kepada anak dan isteri apabilan kita meninggal nanti, seruan ini jelas membuktikan kita semua perlu berusaha keras dan menguruskan harta dengan betul untuk diberikan dan ditinggalkan kepada pewaris.

Plan 1 :Perlindungan

Dalam perlindungan ada 3 perkara yang perlu disediakan iaitu Perlindungan Kredit, Perlindungan Pendapatan dan Perlindungan Perubatan / Rawatan.
Pertama setiap orang kebanyakkannya ada membuat hutang atau kata lain berhutang jadi adakah anda menyediakan wang untuk digunakan untuk membayar hutang tersebut sekiranya berlaku apa-apa pada diri anda.
Kedua adakah anda membuat simpanan untuk menyara hidup anda apabila berlaku kemalanga atau kecederaan yang boleh menyebabkan anda tidak boleh membuat kerja lagi atau kata lain anda tidak pendapatan bulanan.
Ketiga bagaimana kalau anda disahkan terkena penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang mahal contohnya RM40000 untuk pembedahan dan dimana anda nak dapatkan wang sebanyak itu.

Bahagian perlindungan ini adalah asas yang paling penting bagi seseorang kerana sekiranya anda sediakan perlindungan untuk diri anda sebenarnya anda telah menyelamatkan banyak perkara dalam hidup anda dan memudahkan kerja anda dengan tidak perlu menyusahkan orang lain. Biasanya perlindungan ini boleh dilaksanakan dengan mudah apabilan seseorang itu mengambil insuran untuk melindungan 3 perkara tadi. Insurans biasanya telah menyediakan pakej yang lengkap dan anda tidak perlu lagi tercari-cari altenatif lain untuk mendapatkan dana perlindungan tersebut. Antara contoh perlindungan yang boleh anda buat adalah mengambil pelan medical card Prudential BSN Takaful.

Plan 2 : Simpanan

Dalam simpanan ada 3 perkara yang perlu disediakan iaitu simpanan pendidikan anak-anak, simpanan kecemasan dan simpanan hari tua.
Pertama simpanan pendidikan anak-anak perlulah disediakan bagi memudahkan urusan pendidikan seperti pembelian nota, tiusyen, kos pembelajaran dan banyak lagi.
Kedua simpanan kecemasan diperlukan apabila berlaku kes-kes kecemasan sebagai contoh kereta rosak dan anda memerlukan wang untuk membaiki kerosakan ataupun anda ditimpa musibah kecurian dan hilang wang ringgit jadi sememagnya perlu simpanan kecemasan.
Ketiga simpanan hari tua siapa yang sanggup bekerja sehingga usia lanjut atau selepas bersara masih lagi terpaksa mencari rezeki untuk menampung kehidupan selepas bersara, simpanan hari tua harus dimulakan dari tarikh mula bekerja dan disimpan selama tempoh bekerja contohnya anda bekerja bermula pada umur 25 tahun dan bersara pada umur 55 tahun maka anda harus menyimpan selama 30 tahun untuk menyediakan wang pada hari tua anda.


Plan 3 : Pelaburan

Dalam pelaburan ada 3 jenis pelaburan yang boleh anda lakukan untuk menjamin kewangan anda, biasa pelaburan dibuat bertujuan untuk melindungi duit daripada inflasi dimana nilai duit akan menyusut setiap tahun sejajar dengan inflasi. Sebagai contoh kalau sekarang harga rumah adalah RM150000, adakah nilai rumah ini akan sama apabila 30 tahun berlalu dan sudah tentu harganya akan meningkat naik menjadi lebih mahal.
Antara peburan yang boleh dibuat adalah pelaburan Unit Trust, Money Market dan Bond kesemua ini akan membantu anda mencapai kebebasan kewangan pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya kita semua haruslah menilai semula piramid kewangan masing-masing adakah kita mengikut apa yang telah ditetapkan atau masih lagi tersalah arah dalam menguruskan piramid kewangan. Jadikan piramid ini sebagai panduan dalam kehidupan kewangan anda supaya kita semua beroleh kejayaan dan kesenangan pada masa akan datang.