
Persiapan untuk Persaraan Persiapan untuk Persaraan
Para ekonomi dan pengurus kewangan dapat
memberitahu bahawa seorang yang menjalani
hidup yang sederhana tidak mempunyai wang
simpanan yang mencukupi untuk menghadapi
dunia persaraan dalam keadaan selesa.
Apabila anda mengambil kira faktor-faktor seperti
kenaikan harga, cukai dan sebanyak mana
seorang biasa membelanjakan wang mereka,
hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada
untuk dibelanja apabila bersara.
Walaupun seseorang itu bekerja dalam tempoh
yang lama untuk membayar hutang-hutang
mereka, namun mereka terpaksa menyimpan
sebahagian daripada duit tersebut sebagai
persiapan apabila bersara kelak.
Apa yang membimbangkan ialah seseorang itu
terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan
walaupun tidak ada sebarang masalah dalam
kehidupan mereka apabila mencapai usia tua
Perkara-perkara asas dalam Perkara-perkara asas dalam merancang persaraan
Walau apa juga perancangan anda, anda
hendaklah mengetahui kedudukan anda
sekarang:
1. Berapa banyak wang simpanan dan aset
yang anda miliki sekarang?
2. Berapakah pendapatan bulanan anda?
3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda
dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja atau sebarang dana persaraan?
4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada
pelaburan?
5. Berapa tahun yang anda ada sehingga
mencapai usia persaraan untuk mengumpul
wang?
Tip-tip untuk bersara Tip-tip untuk bersara Tip-tip untuk bersara Tip-tip untuk bersara Tip-tip untuk bersara
1. Mulai daripada awal
Lebih awal anda menyimpan duit, lebih
banyak masa wang anda akan
berkembang. Tetapkan masa yang
diperlukan. Jadikan wang simpanan untuk
persaraan sebagai keutamaan. Buat
perancangan dan ikuti perancangan
tersebut serta tetapkan matlamat untuk diri
anda sendiri.
2. Elak daripada mempunyai risiko yang
tinggi terhadap wang persaraan
Beberapa jenis risiko yang biasa terjadi
terhadap wang persaraan ialah:
a) Defisit. Defisit boleh terjadi akibat tidak
mempunyai tabungan yang
mencukupi semasa bekerja atau
terlalu konservatif dengan pelaburan
anda. Apabila melabur dengan terlalu
berhati-hati, anda mengalami risiko
kekurangan duit apabila bersara nanti.
b) Risiko kehilangan pokok pelaburan.
Risiko tersebut disebabkan oleh
perubahan atau kenaikan harga
dalam tempoh tertentu.
3. Rancang untuk keperluan jangka
panjang
Anda perlu merancang untuk menghadapi
“kerugian bukan pasaran”, yang
disebabkan oleh faktor seperti penjagaan
kesihatan dan penjagaan jangka panjang.
4. Jangkaan hayat anda
Perhatikan usia setiap orang yang
meninggal dunia pada tempoh yang
sewajarnya, tambahkan jumlah
keseluruhan dan bahagikan dengan jumlah
orang. Dengan itu anda dapat mengira
jangka hayat kehidupan.
Pastikan keperluan anda akan meliputi
walaupun sekiranya usia anda lebih
panjang daripada apa yang anda
jangkakan, berdasarkan jadual jangka
hayat dan faktor kesihatan anda sendiri.
5. Belanjawan dalam persaraan nanti.
Sesetengah perbelanjaan semasa
persaraan mungkin lebih kurang daripada
perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang
perlu dibayar seharusnya telah
berkurangan. Pada umumnya, pinjaman
dan gadai janji telah dilangsaikan supaya
bayaran pinjaman rumah berkurangan.
Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti
pengangkutan, pakaian dan sebagainya
juga telah berkurangan.
Bayaran bil utiliti, makanan, hadiah,
sumbangan, kereta dan insurans harta
benda akan meningkat selaras dengan
sebarang kenaikan yang berlaku.
Perbelanjaan kesihatan dan insurans
kesihatan akan meningkat. Kos untuk
membuat perjalanan, bercuti dan berhibut
akan meningkat kerana masa lapang yang
banyak apabila bersara.
6. Meminjamkan wang
Jangan mudah meminjamkan wang kepada
rakan dan keluarga. Katakan bahawa
penasihat kewangan anda tidak
membenarkan anda meminjamkan wang.
7. Anggarkan berapa banyak wang yang
boleh anda keluarkan
Tetapkan kadar pengeluaran tahunan
wang. Ini merupakan perkara penting dalam
perancangan kewangan persaraan.
Berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah
peratusan yang sama dengan anggaran
pulangan pelaburan.
8. Rancang kesan cukai dan inflasi
Inflasi boleh mengurangkan nilai pelaburan
anda kerana cukai yang dikenakan terhadap
pulangan pelaburan. Secara purata inflasi
pada kadar 3 peratus setahun sejak
beberapa dekad. Ini mungkin tidak terlalu
banyak, namun cuba bayangkan jika nilai
RM100,000 pada hari ini hanya bernilai
RM74,000 dalam tempoh 10 tahun pada
kadar inflasi 3 peratus setahun.
Dapatkan khidmat penasihat kewangan
profesional atau perunding percukaian bagi
mendapatkan nasihat yang khusus tentang kedudukan anda.
9. Cuba halang sebarang percubaan
untuk menggugat akaun persaraan
anda
Menurut perancang kewangan, dua
daripada perkara buruk yang berlaku
kepada perancangan persaraan adalah
akses internet selama 24 jam kepada akaun
dan harga harian.
10. Nilai pendapatan bulanan persaraan
secara realistik.
Punca pendapatan semasa persaraan
adalah pencen, simpanan KWSP, faedah
simpanan tetap, dividen daripada saham
syarikat (atau unit amanah) dan jumlah
wang yang diterima daripada polisi insurans
yang telah matang.
11. Peraturan pertama tentang simpanan
ialah membayar untuk diri anda sendiri.
Oleh itu apabila anda menerima gaji setiap
bulan, masukkan sebahagian wang dalam
tabung persaraan anda, sebelum wang
tersebut digunakan untuk perbelanjaan
yang lain.
12. Wujudkan tabung kecemasan yang
tersedia wang di dalamnya, sekiranya anda
memerlukan wang dengan segera. Ini bagi
mengelak daripada anda mengambil wang
daripada dana persaraan apabila berlaku
keperluan yang mendesak.
13. Fikirkan untuk berpindah ke rumah
yang lebih kecil dan lebih rendah
harganya, kerana anda tidak memerlukan
ruangan yang besar kerana anak-anak
anda telah tidak tinggal bersama. Wang
lebihan penjualan rumah lama dengan
pembelian rumah yang baru ini boleh
digunakan untuk keperluan yang lain.
14. Sekiranya anda bercadang untuk
bekerja selepas bersara, cuba buat
hubungan dan mencari peluang ketika
masih bekerja.