Thursday, May 20, 2010

Bijak Wang Dengan Piramid Kewangan


Pernahkah anda mendengar piramid makanan saya pasti ramai yang mengetahui perkara ini tetapi bagaimana pula dengan piramid kewangan adakah anda biasa mendengar, melihat dan menggunakannya. Kali ini saya akan menceritakan berkenaan piramid kewangan seseorang dimana ianya merupakan asas kepada kewangan seseorang.

HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”


Di dalam agama Islam sendiri kita diseru untuk menyediakan harta untuk ditinggalkan kepada anak dan isteri apabilan kita meninggal nanti, seruan ini jelas membuktikan kita semua perlu berusaha keras dan menguruskan harta dengan betul untuk diberikan dan ditinggalkan kepada pewaris.

Plan 1 :Perlindungan

Dalam perlindungan ada 3 perkara yang perlu disediakan iaitu Perlindungan Kredit, Perlindungan Pendapatan dan Perlindungan Perubatan / Rawatan.
Pertama setiap orang kebanyakkannya ada membuat hutang atau kata lain berhutang jadi adakah anda menyediakan wang untuk digunakan untuk membayar hutang tersebut sekiranya berlaku apa-apa pada diri anda.
Kedua adakah anda membuat simpanan untuk menyara hidup anda apabila berlaku kemalanga atau kecederaan yang boleh menyebabkan anda tidak boleh membuat kerja lagi atau kata lain anda tidak pendapatan bulanan.
Ketiga bagaimana kalau anda disahkan terkena penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang mahal contohnya RM40000 untuk pembedahan dan dimana anda nak dapatkan wang sebanyak itu.

Bahagian perlindungan ini adalah asas yang paling penting bagi seseorang kerana sekiranya anda sediakan perlindungan untuk diri anda sebenarnya anda telah menyelamatkan banyak perkara dalam hidup anda dan memudahkan kerja anda dengan tidak perlu menyusahkan orang lain. Biasanya perlindungan ini boleh dilaksanakan dengan mudah apabilan seseorang itu mengambil insuran untuk melindungan 3 perkara tadi. Insurans biasanya telah menyediakan pakej yang lengkap dan anda tidak perlu lagi tercari-cari altenatif lain untuk mendapatkan dana perlindungan tersebut. Antara contoh perlindungan yang boleh anda buat adalah mengambil pelan medical card Prudential BSN Takaful.

Plan 2 : Simpanan

Dalam simpanan ada 3 perkara yang perlu disediakan iaitu simpanan pendidikan anak-anak, simpanan kecemasan dan simpanan hari tua.
Pertama simpanan pendidikan anak-anak perlulah disediakan bagi memudahkan urusan pendidikan seperti pembelian nota, tiusyen, kos pembelajaran dan banyak lagi.
Kedua simpanan kecemasan diperlukan apabila berlaku kes-kes kecemasan sebagai contoh kereta rosak dan anda memerlukan wang untuk membaiki kerosakan ataupun anda ditimpa musibah kecurian dan hilang wang ringgit jadi sememagnya perlu simpanan kecemasan.
Ketiga simpanan hari tua siapa yang sanggup bekerja sehingga usia lanjut atau selepas bersara masih lagi terpaksa mencari rezeki untuk menampung kehidupan selepas bersara, simpanan hari tua harus dimulakan dari tarikh mula bekerja dan disimpan selama tempoh bekerja contohnya anda bekerja bermula pada umur 25 tahun dan bersara pada umur 55 tahun maka anda harus menyimpan selama 30 tahun untuk menyediakan wang pada hari tua anda.


Plan 3 : Pelaburan

Dalam pelaburan ada 3 jenis pelaburan yang boleh anda lakukan untuk menjamin kewangan anda, biasa pelaburan dibuat bertujuan untuk melindungi duit daripada inflasi dimana nilai duit akan menyusut setiap tahun sejajar dengan inflasi. Sebagai contoh kalau sekarang harga rumah adalah RM150000, adakah nilai rumah ini akan sama apabila 30 tahun berlalu dan sudah tentu harganya akan meningkat naik menjadi lebih mahal.
Antara peburan yang boleh dibuat adalah pelaburan Unit Trust, Money Market dan Bond kesemua ini akan membantu anda mencapai kebebasan kewangan pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya kita semua haruslah menilai semula piramid kewangan masing-masing adakah kita mengikut apa yang telah ditetapkan atau masih lagi tersalah arah dalam menguruskan piramid kewangan. Jadikan piramid ini sebagai panduan dalam kehidupan kewangan anda supaya kita semua beroleh kejayaan dan kesenangan pada masa akan datang.

Sunday, April 25, 2010

PERSIAPAN UNTUK PERSARAAN


Persiapan untuk Persaraan Persiapan untuk Persaraan

Para ekonomi dan pengurus kewangan dapat
memberitahu bahawa seorang yang menjalani
hidup yang sederhana tidak mempunyai wang
simpanan yang mencukupi untuk menghadapi
dunia persaraan dalam keadaan selesa.

Apabila anda mengambil kira faktor-faktor seperti
kenaikan harga, cukai dan sebanyak mana
seorang biasa membelanjakan wang mereka,
hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada
untuk dibelanja apabila bersara.

Walaupun seseorang itu bekerja dalam tempoh
yang lama untuk membayar hutang-hutang
mereka, namun mereka terpaksa menyimpan
sebahagian daripada duit tersebut sebagai
persiapan apabila bersara kelak.

Apa yang membimbangkan ialah seseorang itu
terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan
walaupun tidak ada sebarang masalah dalam
kehidupan mereka apabila mencapai usia tua

Perkara-perkara asas dalam Perkara-perkara asas dalam merancang persaraan

Walau apa juga perancangan anda, anda
hendaklah mengetahui kedudukan anda
sekarang:
1. Berapa banyak wang simpanan dan aset
yang anda miliki sekarang?
2. Berapakah pendapatan bulanan anda?
3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda
dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja atau sebarang dana persaraan?
4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada
pelaburan?
5. Berapa tahun yang anda ada sehingga
mencapai usia persaraan untuk mengumpul
wang?

Tip-tip untuk bersara Tip-tip untuk bersara Tip-tip untuk bersara Tip-tip untuk bersara Tip-tip untuk bersara
1. Mulai daripada awal
Lebih awal anda menyimpan duit, lebih
banyak masa wang anda akan
berkembang. Tetapkan masa yang
diperlukan. Jadikan wang simpanan untuk
persaraan sebagai keutamaan. Buat
perancangan dan ikuti perancangan
tersebut serta tetapkan matlamat untuk diri
anda sendiri.
2. Elak daripada mempunyai risiko yang
tinggi terhadap wang persaraan
Beberapa jenis risiko yang biasa terjadi
terhadap wang persaraan ialah:
a) Defisit. Defisit boleh terjadi akibat tidak
mempunyai tabungan yang
mencukupi semasa bekerja atau
terlalu konservatif dengan pelaburan
anda. Apabila melabur dengan terlalu
berhati-hati, anda mengalami risiko
kekurangan duit apabila bersara nanti.
b) Risiko kehilangan pokok pelaburan.
Risiko tersebut disebabkan oleh
perubahan atau kenaikan harga
dalam tempoh tertentu.
3. Rancang untuk keperluan jangka
panjang
Anda perlu merancang untuk menghadapi
“kerugian bukan pasaran”, yang
disebabkan oleh faktor seperti penjagaan
kesihatan dan penjagaan jangka panjang.
4. Jangkaan hayat anda
Perhatikan usia setiap orang yang
meninggal dunia pada tempoh yang
sewajarnya, tambahkan jumlah
keseluruhan dan bahagikan dengan jumlah
orang. Dengan itu anda dapat mengira
jangka hayat kehidupan.
Pastikan keperluan anda akan meliputi
walaupun sekiranya usia anda lebih
panjang daripada apa yang anda
jangkakan, berdasarkan jadual jangka
hayat dan faktor kesihatan anda sendiri.
5. Belanjawan dalam persaraan nanti.
Sesetengah perbelanjaan semasa
persaraan mungkin lebih kurang daripada
perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang
perlu dibayar seharusnya telah
berkurangan. Pada umumnya, pinjaman
dan gadai janji telah dilangsaikan supaya
bayaran pinjaman rumah berkurangan.
Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti
pengangkutan, pakaian dan sebagainya
juga telah berkurangan.
Bayaran bil utiliti, makanan, hadiah,
sumbangan, kereta dan insurans harta
benda akan meningkat selaras dengan
sebarang kenaikan yang berlaku.
Perbelanjaan kesihatan dan insurans
kesihatan akan meningkat. Kos untuk
membuat perjalanan, bercuti dan berhibut
akan meningkat kerana masa lapang yang
banyak apabila bersara.
6. Meminjamkan wang
Jangan mudah meminjamkan wang kepada
rakan dan keluarga. Katakan bahawa
penasihat kewangan anda tidak
membenarkan anda meminjamkan wang.
7. Anggarkan berapa banyak wang yang
boleh anda keluarkan
Tetapkan kadar pengeluaran tahunan
wang. Ini merupakan perkara penting dalam
perancangan kewangan persaraan.
Berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah
peratusan yang sama dengan anggaran
pulangan pelaburan.
8. Rancang kesan cukai dan inflasi
Inflasi boleh mengurangkan nilai pelaburan
anda kerana cukai yang dikenakan terhadap
pulangan pelaburan. Secara purata inflasi
pada kadar 3 peratus setahun sejak
beberapa dekad. Ini mungkin tidak terlalu
banyak, namun cuba bayangkan jika nilai
RM100,000 pada hari ini hanya bernilai
RM74,000 dalam tempoh 10 tahun pada
kadar inflasi 3 peratus setahun.
Dapatkan khidmat penasihat kewangan
profesional atau perunding percukaian bagi
mendapatkan nasihat yang khusus tentang kedudukan anda.
9. Cuba halang sebarang percubaan
untuk menggugat akaun persaraan
anda
Menurut perancang kewangan, dua
daripada perkara buruk yang berlaku
kepada perancangan persaraan adalah
akses internet selama 24 jam kepada akaun
dan harga harian.
10. Nilai pendapatan bulanan persaraan
secara realistik.
Punca pendapatan semasa persaraan
adalah pencen, simpanan KWSP, faedah
simpanan tetap, dividen daripada saham
syarikat (atau unit amanah) dan jumlah
wang yang diterima daripada polisi insurans
yang telah matang.
11. Peraturan pertama tentang simpanan
ialah membayar untuk diri anda sendiri.
Oleh itu apabila anda menerima gaji setiap
bulan, masukkan sebahagian wang dalam
tabung persaraan anda, sebelum wang
tersebut digunakan untuk perbelanjaan
yang lain.
12. Wujudkan tabung kecemasan yang
tersedia wang di dalamnya, sekiranya anda
memerlukan wang dengan segera. Ini bagi
mengelak daripada anda mengambil wang
daripada dana persaraan apabila berlaku
keperluan yang mendesak.
13. Fikirkan untuk berpindah ke rumah
yang lebih kecil dan lebih rendah
harganya, kerana anda tidak memerlukan
ruangan yang besar kerana anak-anak
anda telah tidak tinggal bersama. Wang
lebihan penjualan rumah lama dengan
pembelian rumah yang baru ini boleh
digunakan untuk keperluan yang lain.
14. Sekiranya anda bercadang untuk
bekerja selepas bersara, cuba buat
hubungan dan mencari peluang ketika
masih bekerja.

Monday, April 19, 2010

Kerjaya Sebagai Perunding Takaful

Sejak keruntuhan ekonomi tahun 1998 masyarakat dunia sedar mengenai keutuhan sistem kewangan Islam. Sejak lima tahun diperkenalkan kini system kewangan Islam mula berkembang ke seluruh dunia Amerika, Eropah, China dan Asia.

Sehingga kini dana kewangan Islam sudah mencecah 1trillion dan bakal meningkat kepada 4trillion pada 2010. Sistem kewangan Islam yang menolak amalan riba dan berkonsepkan perkongsian untung rugi menjadikan ia lebih berdaya saing dan menjadi trend kewangan masa kini dan masa hadapan. Sejajar dengan perkembangan ini kebanyakan bank-bank seluruh dunia mula menyediakan produk-produk kewangan Islam.

Produk kewangan Islam bukan menjadi trend kepada sistem perbankan sahaja malah menjadi `trend’ dalam industri kewangan seluruhnya termasuk di bursa-bursa saham, pengurus dana saham amanah dan takaful. Banyak syarikat-syarikat insurance mula memohon lessen untuk menjual produk-produk takaful. Sehubungan dengan itu juga ajen-ajen insurance juga mula menukar kerjaya mereka untuk menjadi ajen-ajen bagi memasarkan produk takaful dan menyertai institusi-institusi yang menawarkan produk takaful.

Seperti biasa bidang ini tetap tidak menjadi pilihan utama belia-belia Melayu berbanding belia-belia bangsa lain di Malaysia. Walaupun takaful adalah produk kewangan Islam yang menawarkan sistem kewangan Islam bangsa lain tetap memilihnya sebagai pilihan mereka masa kini bukan kerana keislamannya tetapi kerana `trend kewangan masa kini dan akan datang.

Malah dalam industri takaful secara khusus bukan sahaja kerana `trend’ kewangan masa kini tetapi kerana keluasan pasaran yang belum di sentuh. Setakat ini daripada keseluruhan pencarum dalam industri takaful dan insurance hanya 6% mewakili masyarakat Melayu manakala baki 94% adalah diwakili oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Punca sebenar orang Melayu tidak menyertai industri insurance bukan sahaja kerana ianya tidak halal tetapi disebabkan kurang kesedaran mereka mengenai perancangan kewangan yang seimbang. Isu kekurangan kewangan bukan menjadi faktur sebenar kerana ramai masyarakat China dan India yang lebih kurang pendapatannya daripada masyarakat Melayu sudah menyertai industry insurance sejak belasan tahun yang lalu. Manakala 5% masyakat Melayu yang terlibat dengan industry insurance memilih menyertainya kerana mereka sedar keperluan untuk memiliki polisi insurance.

Namun sejak industri Takaful diperkenalkan dengan melantik wakil-wakil bagi memasarkan produk takaful industri mula disertai oleh pelbagai lapisan Masyarakat. Kerjaya sebagai perunding kewangan Islam atau sebagai ajen takaful kini sudah menjadi pilihan golongan siswazah . Rata-rata mereka mampu menjada pendapatan 5 angka selepas dua tahun menjadi perunding kewangan Islam.

Penyedia industri takaful ini berlumba-lumba merekrut wakil-wakil baru untuk industri mereka. Peneraju industri Takful dunia Etiqa Takaful Berhad kini telah menubuhkan `Akademi Takaful’ bagi melatih wakil-wakil baru yang dilantik. Melalui akademi ini seorang wakil akan mampu memulakan kerjayanya hanya setelah mengikuti 15 hari kursus intensif ‘agent on boarding’ . Kursus yang bernila ribuan ringgit ini hanya memerlukan peserta membayar sekitar RM70 sahaja.

Bagi belia yang ingin memiliki kerjaya sendiri, perniagaan sendiri, sukakan cabaran, berdaya saing, berwawasan tinggi dan bercita-cita besar, sanggup berusaha, berdisiplin, sanggup belajar dan tidak mempunyai modal sepatutnya memilih kerjaya sebagai perunding kewangan takaful di Etiqa Takaful Berhad.

Bagi belia yang berminat menjadi perunding kewangan takaful bersama Etiqa Takaful Berhad boleh hubungi Maman 0169368678

ETIQA TAKAFUL - Pelan Pelindungan/ Simpanan

Saudara/i yang dihormati, sedikit pasal insuran berlandaskan islam untuk jaminan masa depan dan sebarang musibah tak dijangka.

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang? Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.

eTiQa Takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah;

-Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal.
- Elaun Harian Hospital.
- Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia).
- Pampasan 28 jenis Penyakit Kritikal.
- Tabung Pendidikan Anak (Program Anak Angkat dan Biasiswa).
- Simpanan untuk persaraan.
- Jaminan Haji dan Umrah.
- Tabung Kecemasan.


Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi:


- Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA.

- Perlepasan cukai pendapatan.

-Perkongsian untung ( Mudharabah 80:20).

-Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.

-Amal jariah.

- Muamalat Islam.


Etiqa takaful adalah syarikat insuran yang berlandaskan islam .
Pengiktirafan Majlis Pengawasan Syariah –Dato seri Hj Harussani Zakaria ( Mufti Perak).
Persidangan Jawatankuasa Fatwa 1979 memutuskan bahawa insurans adalah HARAM kerana ia mengandungi undur gharar, judi dan riba (ruj.jakim :4000/1/4jld.

Oleh itu kami menyeru kepada tuan tuan supaya bertukarlah kepada insuran berlandaskan islam (Etiqa Takaful).

‘Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah’(Al-Baqarah ayat 276).

Sabda Rasullah S.A.W apabila RIBA dan ZINA menjadi-jadi di sesebuah kampung (negeri) maka sesungguhnya mereka telah membenarkan mereka itu diazab oleh Allah.(Riwayat Al Hakim).

‘Jauhilah tujuh dosa besar ,syirik ,sihir,membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim ,makan RIBA, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)’-Riwayat Al-Bukhari dan muslim.


Pelbagai plan insurans diwujudkan khas untuk tuan tuan bagi menghadapi sebarang musibah yang tidak diduga termasuklah:-

1) Plan Mesra – Plan mesra ini adalah simpanan dan perlindungan .

2) Plan Sarjana- adalah simpanan dan perlindungan untuk anak anak bagi keperluan melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS yang kosnya semakin tinggi .

3) Plan Prima –Plan Prima adalah simpanan yang mana peserta boleh membuat pengeluaran wang 3 tahun sekali .

4) Plan Warisan –Plan warisan pula simpanan sehngga umur 88 tahun. Contoh . Umur Ali 40 tahun , tempoh perlindungan ali ambil selama 20 thn, jadi Ali bayar premium sampai umur Ali 60 tahun tetapi tempoh perlindungan Ali sehingga 88 tahun.

5) Insuran Kereta .

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Zaman Agency ( CAS 56362)

hazman 0169368678

Testimoni...

Mengapa orang ramai membeli takaful keluarga/insurans hayat.

Utusan Malaysia: Orang ramai membeli polisi insurans hayat kerana berbagai sebab. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi insurans hayat:

Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya:
"Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun."
"Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu."
"Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. "
"Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. "
"Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya."

Seorang guru yang menjaga ibunya:
"Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun. "
"Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya."
Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:
"Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang."
"Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. "
"Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi insurans hayat saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. "
"Justeru itu, saya telah membeli polisi insuranshayat dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, polisi tersebut menjadi polisi amanah. "
"Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. "

Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:
"Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah."
"Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi insurans hayat. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah."
"Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi insurans hayat untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya."

Pengurusan Kewangan

KESILAPAN KEWANGAN UMUM



Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?


Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi.

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!!!

Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.

Untuk informasi lebih lanjut sila PM sy dan berikan no tel anda utk temunjanji..Saya sanggup ke tempat anda utk penerangan yg lebih jelas…

ETIQA TAKAFUL

Saudara/i yang dihormati,

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?

Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.

eTiQa Takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah;


♥ Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal.

♥ Elaun Harian Hospital.

♥ Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia).

♥ Pampasan 36 jenis Penyakit Kritikal.

♥ Tabung Pendidikan Anak (Program Anak Angkat dan Biasiswa).

♥ Simpanan untuk persaraan.

♥ Jaminan Haji dan Umrah.

♥ Tabung Kecemasan.



Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi:


♥ Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA.

♥ Perlepasan cukai pendapatan.

♥ Perkongsian untung ( Mudharabah 80:20).

♥ Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.

♥ Amal jariah.

♥ Muamalat Islam.

Saturday, March 13, 2010

PRODUK ETIQA TAKAFUL

SIMPANLAH DI ETIQA KERANA SELAIN SIMPANAN, ANDA JUGA AKAN DAPAT MENIKMATI PERLINDUNGAN INSURAN UNTUK DIRI ANDA.

KAMI MEMPUNYAI PELBAGAI PRODUK YANG AKAN DAPAT MEMENUHI KEHENDAK DAN KEPERLUAN ANDA.PRODUK TERSEBUT ADALAH ETIQA MESRA, ETIQA PRIMA, ETIQA SARJANA DAN WARISAN.

ANTARA PRODUK YANG LARIS ADALAH ETIQA SARJANA KERANA IA DAPAT MELINDUNGI WARIS DAN JUGA ANAK SEKALIGUS.PRODUK INI ADALAH SATU SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK.IA AKAN MENJADI BERNILAI APABILA TIBA MASA APABILA PESERTA MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK MELANJUTKAN PELAJARAN KELAK.

BAGI MEREKA YANG INGINKAN PELABURAN JANGKA PENDEK DALAM INSURAN.KAMI MENAWARKAN ETIQA PRIMA KERANA SETIAP 3 TAHUN, PESERTA AKAN MENDAPAT LONJAKAN KEWANGAN BERDASARKAN PELABURAN YANG DIJALANKAN.

BAGI KAKITANGAN KERAJAAN, SAYA MENCADANGKAN SUPAYA ANDA MENYIMPAN DENGAN PRODUK ETIQA WARISAN KERANA ANDA HANYA PERLU MENYIMPAN SEHINGGA UMUR 55, 60 @ 65 TAHUN SAHAJA DAN SELEPAS ITU ANDA AKAN MEMPEROLEHI SEJUMLAH SIMPANAN ANDA MALAH PERLINDUNGAN AKAN BERTERUSAN SEHINGGA UMUR 88 TAHUN SECARA PERCUMA SAHAJA.
SIMPANLAH DI ETIQA BAGI MENGELAKKAN HUTANG BERTAMBAH.MENYIMPAN LEBIH BAIK DARI MENUNGGU MASALAH KEWANGAN DATANG MENYAPA DAN SAYANGILAH KELUARGA ANDA.
SILA HUBUNGI SAYA JIKA INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT SECARA PERCUMA DI 0169368678

Thursday, March 11, 2010

ETIQA TAKAFUL


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?
Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.

Saya menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah.

> Tabung khairat kematian / hilang upaya kekal
> Elaun Harian Hospital
> Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia)
> Pampasan Penyakit Kritikal
> Tabung Pendidikan Anak
> Simpanan untuk Persaraan
> Jaminan Haji dan Umrah
> Tabung Kecemasan

Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi :-

* Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA
* Pengiktirafan Majlis Pengawasan Syariah
* Perlepasan cukai pendapatan
* Perkongsian untung (Mudharabah 80:20)
* Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan
* Amal Jariah
* Muamalah Islam

Wasalam.

Ingin keterangan lanjut ? Sila hubungi /SMS:-

Perunding Takaful
HAZMAN AGENCY (0169368678)
ETIQA TAKAFUL
MAYBANK